Projek Blog Mega Shaklee 1.0 - Rezeki Menang Sebotol Vivix!

 



PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

Pada awal bulan Februari 2023 lalu, salah seorang Mentor saya dalam bisnes Shaklee yang saya hormati, iaitu Master Norita mengumumkan yang beliau akan melancarkan Projek Blog Mega Shaklee 1.0.

Projek ini adalah inisiatif Master Norita dan sahabat saya Master Salwa yang sudi berkongsi ilmu tentang Search Engine Optimization (SEO)

Tujuan utama projek ni adalah untuk menaikkan semula 'wave' Shaklee di carian Google. 

Walaupun sekarang dah banyak medium media sosial baru seperti Facebook, Instagram, Youtube, Tik Tok, sebenarnya Blog juga masih releven hingga ke hari ini kerana majoriti pengguna Internet masih menggunakan carian di Google untuk mencari info.

Jadi penulisan di blog dengan konsisten dan dengan cara yang betul boleh membantu meningkatkan SEO supaya blog kita mudah untuk dijumpai oleh prospek atau bakal pelanggan kita.  

Sebenarnya sekitar tahun 2012-2013 dulu, produk Shaklee pernah sangat famous di carian Google, terutama bila orang mencari penyelesaian kepada apa-apa masalah kesihatan.

Kalau anda nak tahu, saya sendiri pun first time dengar nama Shaklee pada tahun 2012, selepas saya search di Google tips cara hadapi masalah penyusuan. 

Masa tu, bila saya search je SET BERSALIN, terus keluar bermacam list blog perkongsian positif dari pengguna Set Bersalin Shaklee. 

Bila baca sharing sebenar pengguna Shaklee, terus saya pun berminat nak cuba. 

Syukur Alhamdulillah, Allah lorongkan perkenalan saya dengan Shaklee melalui carian Google, dan di situlah permulaan bagaimana kehidupan saya mula berubah selepas jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Jemput baca OUR SHAKLEE STORY

Begitulah pentingnya kita sentiasa berkongsi kebaikan agar kebaikan ini juga dapat dirasai oleh orang lain. 

Sejak tahun 2013, saya juga mula aktif berkongsi kebaikan produk Shaklee di blog saya sendiri. 

Tapi sejak dah banyak social media lain muncul, saya pun semakin kurang fokus kepada penulisan blog. 

Jadi, bila mentor saya Master Norita announce Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, memang ramai yang excited, termasuk lah saya sendiri sebab ia menyuntik semangat saya untuk kembali aktif menulis di blog.

Dan yang paling best adalah, semua peserta yang berjaya menyiapkan tasks Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dalam tempoh masa yang ditetapkan, akan dapat hadiah tajaan dari Master Norita. 

Wahh, makin excited lah semua peserta!

Hadiah yang Master Norita nak bagi pun bukan calang-calang tau.

Tapi hadiah produk Shaklee Premium iaitu VIVIX, COLLAGEN DAN NUTRIFERON yang bernilai beratus-ratus ringgit setiap satu. 

Tasks yang diberi untuk Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni, kami perlu buat 2 entri blog dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu:-

1) Apa Itu Intermittent Fasting?

2) Testimony Set Kurus Shaklee Yang Paling Power Dan Berkesan!

Walaupun hanya diberi masa beberapa hari saja untuk menyiapkan setiap entri, dan ada banyak cabaran, Alhamdulillah, saya berjaya juga siapkan tasks walaupun terpaksa stay-up hingga jam 2 pagi untuk menyiapkannya. Hihi. 

Maklumlah, nak menulis ni kita kena buat research and study dulu apa yang nak ditulis kan, supaya tak tersalah fakta.

Waktu siang pula banyak urusan lain. Jadi dah tengah malam lepas family semua dah tidur baru lah saya sempat duduk menghadap komputer untuk fokus menulis.

Bagus kan bila ada Projek Blog Mega Shaklee 1.0, kita dapat 'paksa diri' kita untuk belajar ilmu baru untuk kebaikan bisnes kita sendiri. 

Syukur Alhamdulillah, yang paling saya tak sangka, saya sendiri terpilih sebagai PESERTA TOP 15 YANG MEMENAGI HADIAH UTAMA SEBOTOL VIVIX bernilai RM498 (RP) kerana berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam tempoh masa yang diberikan.




Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Memang tak sangka sungguh!

Terima kasih banyak-banyak kepada Master Norita & Master Salwa kerana banyak membantu dan memilih saya sebagai salah seorang pemenang utama untuk Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat peserta Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang turut memberi semangat kepada saya, sebab terbakar tengok masing-masing laju je siapkan task. 



Alhamdulillah, inilah hadiah VIVIX dari Master Norita. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Master Norita & keluarga. 


PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 2.0

Lepas berakhirnya Projek Blog Mega Shaklee 1.0, kini kami akan teruskan langkah dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula.

Tak sabar nak siapkan semua task yang diberi.

Sebenarnya semua task ini adalah untuk kebaikan kita semua sebagai Pengedar Shaklee Malaysia. Bukan sebab nak hadiah semata-mata. 

Jika kita semua bersatu-padu dan sama-sama konsisten dan aktif berkongsi kebaikan produk Shaklee di blog, InsyaAllah saya sangat yakin 'wave' Shaklee di carian Google pasti akan kembali naik seperti dulu. 

Tugas kita berusaha dan berikhtiar yang terbaik. Hasilnya kita serahkan dan bertawakkal kepada Allah. 

Mudah-mudahan Allah bantu kami dan seluruh Pengedar Shaklee Malaysia untuk terus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan lebih baik bersama Shaklee. Amin. 

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#BlogMegaShaklee

BY:
MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
The Most Fantastic Millionaires in Shaklee
Motivating and Inspiring Others


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
YOUTUBE CHANNEL : Maria Firdaus
EMAIL : come_maria@yahoo.com

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

Comments