Apa Itu Intermittent Fasting?


 Apakah Itu Intermittent Fasting?

Intermittent fasting juga dikenali sebagai IF, bermaksud kita hanya makan pada waktu tertentu sahaja (eating window) dan selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa (fasting window).

 

Intermittent fasting adalah salah satu cara diet untuk menurunkan berat badan yang berkesan dan sangat popular pada waktu ini. Ada beberapa cara untuk menjalankan intermittent fasting seperti:-

 

1) Berpuasa selang sehari, iaitu makan secara normal pada satu hari dan berpuasa sepenuhnya pada esok harinya. Cara ini juga dikenali sebagai “Puasa Nabi Daud” di kalangan Muslim. 

 

2) Puasa 5:2 - 5 kali seminggu makan secara normal dan 2 hari kemudiannya berpuasa. 

 

3) Makan dalam masa terhad - Makan secara normal, namun hanya dalam jangka masa 4-8 jam setiap hari. Contohnya tidak makan sarapan dan hanya makan seperti biasa pada waktu tengahari dan malam saja. 

 

Bagi sesetengah orang, intermittent fasting mungkin agak sukar pada awalnya. Tetapi apabila badan sudah menyesuaikan diri, kita akan rasa kurang lapar dan lebih mudah mengawal nafsu makan.

 

Namun perlu diingat, intermittent fasting mungkin tidak sesuai untuk semua orang, seperti ibu mengandung, dan mereka yang ada penyakit gastrik, masalah batu karang dan diabetes.



Contoh Pelan Diet Intermittent Fasting


Pelan Diet 12:12

 

Jika anda baru hendak bermula menjalankan intermittent fasting, anda boleh mulakan dengan pelan 12:12 iaitu 12 jam makan dan 12 jam berpuasa. Contohnya mula makan dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Dan berpuasa semula dari 8 malam hingga 8 pagi. 


Pelan Diet 14:10


Selepas anda menyesuaikan diri dengan intermittent fasting 12:12, anda boleh menambah tempoh ‘fasting window’. Contohnya pelan 14:10, mula makan dari jam 10 pagi hingga 8 malam. 



Pelan Diet 16:8


Pelan 16:8 pula mula makan dari jam 12 tengahari hingga 8 malam. Terpulang kepada kesesuaian badan anda. 


Intermittent Fasting Membantu Tingkatkan Kesihatan 


Dengan menjalankan intermittent fasting, kita boleh menurunkan berat badan dan merendahkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi, apnea tidur, dan beberapa jenis kanser.


Selain itu, intermittent fasting membantu mengawal kolesterol, mengurangkan lemak pada organ hati dan memperbaiki tekanan darah.


Intermittent fasting berkesan untuk mereka yang ingin berdiet tanpa mengira kalori. Ketika 'fasting window', kita masih boleh minum air kosong untuk mengalas perut. Dan ketika tempoh 'eating window' , kita boleh makan apa sahaja.


Tetapi, untuk kesan terbaik intermittent fasting, kita digalakkan makan secara sihat dan bersederhana. Contohnya, makanan yang seimbang dan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi dengan gula, garam dan transfat sepanjang tempoh ‘eating window’.


Jadi, bagi anda yang nak turunkan berat badan, jom mulakan diet INTERMITTENT FASTING sekarang!


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#BlogMegaShaklee




BY:
MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
YOUTUBE CHANNEL : Maria Firdaus
EMAIL : come_maria@yahoo.com

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Comments