Side Effect Selepas 10 Tahun Guna Produk Shaklee!

 

MY SHAKLEE EFFECT SELEPAS 10 TAHUN.


Hi Assalamualaikum semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my.

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.

Ada orang tanya saya, awak ni memang genetik sentiasa slim dan awet muda sejak dulu ke?

Haha. Takdelah. Sebenarnya kan, saya pernah gemuk dulu. Masa pregnant, berat saya naik 20 kg tau! Dan saya pernah rasa badan dan muka dah menua sebelum usia sebenar. 

Kalau tak percaya tanyalah husband saya hihi.

Cuba tengok gambar saya yang kiri tu. Masa ni saya baru umur 28 tahun, belum kenal Shaklee lagi, dah ada anak seorang dan fully breastfeeding my baby sampai umur 2 tahun.

Masa ni, saya memang tak amalkan apa-apa suplemen sebab saya rasa suplemen ni tak perlu pun dan membazir duit je. 

Bukan nya sakit pun, buat apa nak makan pil-pil "ubat suplemen" tu kan. 

Tapi sebenarnya, saya dah mula rasa badan tak fit. Kerap stress, letih, mengantuk siang hari, sakit-sakit badan, lenguh pinggang. 

Tambah lagi masa pregnant nak menyusu baby, memang selalu letih dan rasa nak tidur je. 

Walaupun umur baru 28 tahun, tapi saya akui rasa badan dan muka macam orang tua. Huhu. 😭

Masalah bertambah buruk bila saya pregnant anak kedua dengan morning sickness yang sangat teruk semasa berumur 30 tahun. 

Seminggu sebelum saya bersalin anak kedua, saya kenal dengan vitamin Shaklee melalui Set Bersalin Shaklee (click sini).

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya rasa serasi sangat. 

Masa proses bersalin, rasa bertenaga dan mudah je. Dalam pantang rasa sihat, tak letih, dan berjaya menyusu baby sampai umur 2 tahun. Berat badan cepat turun lepas bersalin dan boleh maintain slim.

Memang pengalaman bersalin dengan Shaklee, sangat berbeza dengan pengalaman bersalin & berpantang anak pertama dulu.

Sejak tu lah, saya dah jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Alhamdulillah, sekarang dah 10 tahun saya amalkan produk Shaklee dengan konsisten setiap hari. 

Di usia 40 tahun, saya berjaya mengekalkan berat badan 48 kg dengan ketinggian 154 cm, sama macam berat badan saya masa Tingkatan 4 dulu.

Nak tahu apa produk Shaklee yang saya amalkan setiap hari untuk maintain sihat dan slim di usia 40-an? 

Awal-awal dulu saya hanya consume Set Basic macam ESP, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C, OmegaGuard, GLA Complex.

Then saya tambah lagi dengan Set Premium iaitu Vivix, ResV, Collagen, Nutriferon.

Saya konsisten pakai Youth Skincare Shaklee sejak ia dilancarkan tahun 2018.

Alhamdulillah dengan izin Allah, sejak amalkan SHAKLEE, banyak improvement dari segi tahap kesihatan, energy dan kulit saya.

Sekarang, ramai orang tak percaya saya dah umur 40-an. 

Bila jalan dengan anak-anak (Farees 13 tahun, Fateh 10 tahun, Fawwaz 7 tahun), orang ingatkan adik-beradik hehe.

Sampai cikgu sekolah anak pun tanya, "ni Kakak ke Mak?". 😅

Anak saya tengok gambar ni, dia tanya, kenapa Ummi lain sangat dulu. Dulu tak cantik macam sekarang hihi. 

Yelah, dulu-dulu Ummi tak percaya suplemen. Rasa suplemen tu membazir duit je. Padahal diri sendiri takde ilmu yang betul tentang nutrisi.

Bila dah rasa badan menua sangat cepat, barulah terbuka hati nak cari solution. 

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan produk SHAKLEE. 

Bila dah cuba dan rasa sendiri kesannya, barulah percaya dan jatuh cinta dengan SHAKLEE! 

Bukan tu saja, saya berjaya jumpa MY DREAM CAREER, dan kini saya menjana income lumayan setiap bulan hanya dari rumah bersama bisnes Shaklee. 

Yang paling best dengan bisnes Shaklee ni, saya mampu bekalkan vitamin Shaklee untuk kesihatan sekeluarga, husband, anak-anak dan parents juga. 

Dengan Shaklee, SIHAT DAPAT, DUIT PUN DAPAT. Best kan!

Saya percaya kepada SUNNATULLAH.

Dengan izin Allah, sebenarnya kita boleh kekal sihat, awet muda lebih lama kalau amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, jaga berat badan ideal & ambil nutrisi lengkap setiap hari.

Yang paling saya nampak kesan perbezaan ketara adalah sejak saya konsisten VIVIX DAN RESV. Saya amalkan VIVIX pada waktu pagi, dan RESV sebelum tidur. 

Dua item ni memang sangat POWERFUL tau!

Sebab VIVIX & RESV diperbuat daripada tumbuhan yang ada POLIFENOL iaitu tinggi antioksidan, dan terbukti secara saintifik membantu PROTECT & REPAIR SEL BADAN kita.

Bila sel kita sihat, seluruh organ yang terlibat pun sihat. Termasuk lah sel kulit, sel rambut, sel jantung, sel darah, sel otak dan seluruh badan kita. 

Sebab tu penting kita jaga KESIHATAN SEL dari sekarang untuk kekal sihat sepanjang hayat. 

Jom kita niatkan untuk BINA KESIHATAN, dan AWET MUDA itu BONUS!

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu lebih ramai orang tingkatkan tahap kesihatan dan awet muda secara semulajadi. Inilah misi saya sekarang. InsyaAllah.

Ada antara anda yang nak tingkatkan tahap KESIHATAN dan KEWANGAN bersama produk dan bisnes SHAKLEE seperti saya? Jom saya bantu.

Boleh hubungi saya sekarang melalui WHATSAPP (Sila click).

Thanks for reading! 

#shakleethrive23
#shakleetriump23
#blogmegashaklee


MASTERS MARIA FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire
Motivating And Inspiring Others


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
YOUTUBE CHANNEL : Maria Firdaus
EMAIL : come_maria@yahoo.com

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

Comments